TheAsrafs Begin~ Lets Start !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging, aku terpikir untuk menulis kembali. Tak banyak kisah menarik dalam hidup, sekadar kisah-kisah "The Asrafs" keluarga kecil kami. Aku bukan seorang penulis jauh sekali untuk berkarya. Mungkin apa yang tercoret disini hanyalah idea spontan yang terlintas dibenak akal. 

Aku ingin menyimpan setiap coretan kenangan untuk memori kami dimasa hadapan. Cukup untuk aku mengingatkan kepada kalian, ianya tidak sesuai untuk bacaan umum mungkin juga boleh mengundang kebosanan. Aku cuma ingin mendokumenkan kisah hidup kami sehari-hari. Mungkin juga blog ini buat bacaan anakku Han bila besar nanti. Kerana cerita disini banyak tentang "dia". Dedikasi mama khas buat anakku yang tersayang HAN ASRAF.

Love,

MamaHan






Comments